|
 |
|
 |
Apakah Itu Islam Hadhari ?
Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang
bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”,
dan dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.
Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah : “Suatu pendekatan
pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.
Visi
& Misi Islam Hadhari
Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun
dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya
yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.
Misi Islam Hadhari adalah melaksanakan
agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
|
 |
Objektif Islam
Hadhari.
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual
(rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani
cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Pendekatan Islam Hadhari Kepada
Masyarakat Dan Negara
Pendekatan
Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah
seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.
Islam Hadhari
membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan
mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi
global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak
menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan
rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
|
 |
|
 |
|
|
::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH
: KHALIL RAHMAN::
LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN
IE 7
PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG
KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.
|
|
|
 |