Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing.
Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90,
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.
Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”.
Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin
kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman
dalam surah al-Maa’idah : 8,
Maksudnya :
“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,
“Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.
Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya.
Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’
:58 Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan
adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah
SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.
Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad
Maksudnya :
“ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak
amanah”.
Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah
kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan
negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15
Maksudnya : “ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’
satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas
lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah
dari re4zeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan
(Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.