PRODUK 'COLGATE' ADALAH HALAL & SELAMAT DIGUNAKAN: JAKIM
JAKIM telah melakukan ujian makmal ke atas ubat gigi colgate, hasil dari analisa makmal
yang diperolehi didapati ubat gigi ini tidak mengandungi sebarang DNA haiwan, pengedar ubat gigi colgate di Malaysia telah
menjelaskan bahawa bahan yang berasaskan haiwan seperti tulang, gigi atau sebagainya tidak pernah digunakan didalam pembuatan
ubat gigi colgate. Kilang colgate yang terletak di Thailand, Vietnam dan China semuanya telah mendapat pengesahan halal dari
badan islam yang telah diiktiraf oleh JAKIM di negara-negara terbabit. Berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan ini JAKIM
merumuskan bahawa tiada bahan yang meragukan didalam ubat gigi colgate dan dakwaan mengatakan ubat gigi ini menggunakan bahan
haram adalah tidak benar.
Mengenai Ubat Colgate Yang Dijual Di Malaysia.
Ubat Gigi Colgate yang dijual di Malaysia adalah sememangnya Halal. •
Ubat Gigi Colgate diperbuat mengikut piawaian Halal. • Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan
atau alkohol.
JAKIM memperakui Ubat Gigi Colgate yang disahkan Halal.
Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) memperakui Ubat Gigi Colgate yang disahkan Halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM seperti
berikut: Central Islamic Committee of Thailand, The Islamic Community of Ho Chi Minh City (Vietnam), China Islamic Association
(China) dan Federation of Muslims Associations of Brazil (Brazil).
Ubat
Gigi Colgate kini akan mempamerkan tanda Halal. • Ubat Gigi Colgate yang mempamerkan
tanda Halal sekarang ini di dalam proses pembuatan dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.
• Ubat Gigi Colgate
dikelaskan sebagai produk farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, oleh sebab itu tidak dibenarkan oleh KKM untuk
mempamerkan tanda Halal. Menyedari bahawa ini telah menyebabkan kekeliruan kepada pengguna, Colgate telah membuat rayuan,
dan mendapat kelulusan khusus untuk mempamerkan tanda Halal di pek produk. Jadi, selepas 50 tahun sentiasa halal di Malaysia,
Ubat Gigi Colgate kini akan mempamerkan tanda Halal.
Tanda Halal pada Ubat Gigi Colgate adalah tanda yang diiktiraf oleh JAKIM. Polisi
JAKIM sekarang hanya membenarkan produk buatan Malaysia mempamerkan tanda halal JAKIM. Tiada tanda halal yang dipiawaikan
untuk produk buatan luar negara. Ubat Gigi Colgate akan mempamerkan tanda halal badan-badan Islam luar negeri yang diiktiraf
oleh JAKIM atau satu tanda umum; di mana kesemuanya telah ditunjukkan kepada JAKIM sebelum penggunaan.
Ubat
Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan atau alkohol.• Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan JAKIM secara berasingan, telah melakukan ujian ke atas Ubat Gigi Colgate
dan mengesahkan bahawa produk-produk tersebut tidak mengandungi DNA haiwan atau alkohol.
• Sumber kalsium dalam
beberapa Ubat Gigi Colgate adalah daripada mineral.
• Sumber gliserin dalam Ubat Gigi Colgate adalah daripada
tumbuh-tumbuhan.
Untuk membaca perakuan JAKIM bahawa Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan
atau alkohol, sila lawat www.halaljakim.gov.my
SISTEM PENGESAHAN HALAL MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM.
Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat
halal. Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis
makanan yang mendapat sijil halal JAKIM.
Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?
Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :
Taip halal
[nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]
hantar ke 32728 | DAPAT
Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM mengenai status semakan anda.
Sekiranya
maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah Sekiranya
maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil
Tamat Tempoh Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima
ialah Tiada Dalam Senarai
STANDARD MALAYSIA BERKENAAN MAKANAN
HALAL (MS1500:2004)
Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan
– Garis Panduan Umum (MS 1500:2004) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab
Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai
pusat makanan halal.
Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC
I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal
yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.
Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan
dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta
perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan
dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.
Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh;
Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua
pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan
polisi ISO yang sama.
Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di
luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.
|