AKTIVITI

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

LAPORAN MAJLIS CERAMAH MAULIDUR RASUL
 
    Pada 12 Rabiulawal ,bersamaan 517M, lahirlah putera daripada kaum Arab Quraisy iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Baginda merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk manusia pada akhir zaman.
 
   Persatuan Pelajar Islam (PPI) SMK La Salle Sentul telah mengadakan satu ceramah bagi mengingati peristiwa tersebut. Pada 20 April 2006, PPI telah mengadakan satu ceramah bagi memperingati peristiwa tersebut. PPI telah menjemput Ustaz Rais Zamzam bagi menyampaikan ceramah tersebut. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Muhd. Hafiz Abu Kassim.
 
   Sebelum memulakan ceramah, beliau meminta semua pelajar supaya berdiri dan berselawat. Dalam ceramah itu,  beliau mengingati semua  pelajar supaya mengenag  kembali pengorbanan dan jasa-jasa Rasullah kepada umat Islam. Beliau juga menceritakan seba sedikit tentang sifat mahmudah yang ada pada diri Rasullah. Di samping itu, beliau mengingatkan setiap umat Islam agar mempunyai matlamat dan mencontohi sifat-sifat Rasullah.
  
   Selepas tamat sekoah, Encik Asri menyampaikan sumbangan ikhlas dari pihak sekolah kepada Ustaz Rais Zamzam. Pihak PPI dan pihak sekolah juga berterima kasih kepada beliau kerana sudi datang melungkan masa untuk memberi ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

LAPORAN CERAMAH MAAL HIJRAH TAHUN 2006

    Hijrah bermaksud penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. serta pengikut-pengikutnya yang setia dari kota Makkah Ke Yathrib. Malah peristiwa besar itu bermulanya tahun hijrah bagi kalendar Islam.

   Bagi mengingati hari tersebut, Persatuan Pelajar Islam SMK La Salle Sentul dan pihak pentadbir telah mengadakan satu ceramah. Pihak sekolah telah menjemput Tuan Sheik Ismail yang merupakan Ketua Penolong Pensyarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Tuan Sheik telah berjaya menarik perhatian  para guru dan pelajar. Cara penyampaian beliau cukup menarik. Beliau menyampaikan pesanan dengan cara menyanyi dan kata kunci. Beliau juga berjaya menghidupkan suasana ceria semasa menyampaikan ceramah tersebut.

   Beliau banyak menyentuh tentang masa. Masa perlu dihargai kerana masa tidak akan kembali. Beliau juga memberi ingatan,  sekiranya kita hendak menjadi orang yang berjaya , kita perlu berpegang teguh kepada ajaran agama. Beliau juga memberi panduan kepada kami,  iaitu  untuk hidup , kita perlu mempunyai harapan, impian, doa, usaha, dan pasrah.

   Beliau juga menyatakan bahawa maruah, bangsa dan agama mestilah diutamakan sekiranya ingin menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

  Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Tuan Sheik Ismail kerana sudi mencurahkan ilmu dan melapangkan masa bagi meraikan majlis sambutan maal hijrah. Akhir sekali, En Asri mewakili pihak sekolah telah memberikan sebuah cenderamata sebagai menghargai ceramah yang disampaikannya.

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.