Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station, ISS.

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

Enter subhead content here

DAFTAR ISTILAH
 
a. Ibadah >> Ibadah yang dimaksudkan dalam garis panduan ini meliputi cara beristinja', menentukan arah qiblat, menunaikan solat, menentukan waktu puasa, menguruskan jenazah dan sebagainya.
 
b. Angkasa >> Udara, langit, angkasa lepas bermaksud ruang di luar lapisan udara yang mengelilingi bumi.
 
c. Al-Maqasid Al-Syariah >> Keutamaan syarak dalam menjaga kesucian agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan.
 
d. Tayammum >> Perbuatan menyapu debu tanah yang suci pada muka dan dua tangan sebagai ganti wudu' kerana ketiadaan air atau halangan dalam penggunaan air.
 
e. Halal >> Hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan dalam Islam diizinkan, dibenarkan.
 
f. Aurat >> Bahagian tubuh yang wajib ditutup atau tidak boleh kelihatan menurut hukum Islam.
 
1. TUJUAN.
 
  Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station, ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa) ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk dijadikan rujukan kepada angkasawan Islam berkenaan pelaksanaan ibadah di ISS. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan angkasawan Islam dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap penyelidikan di angkasa di samping menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lancar. Selain itu, ia juga memberikan panduan kepentingan penjagaan Al-Maqasid Al-Syariah dalam apa jua keadaan.
 
2. PENGENALAN.
 
2.1 Isu pelaksanaan ibadah di angkasa berbangkit dengan pengumuman kerajaan pada Jun 2003 untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
2.2 Pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukan oleh ahli akademik berkenaan isu ini memandangkan berkemungkinana angkasawan yang akan dihantar keISS adalah seorang Islam.
2.3 Cara beristinja', menentukan waktu solat, menentukan qiblat, menunaikan solat, menentukan waktu puasa, menguruskan jenazah dan sebagainya telah membangkitkan pelbagai persoalan di kalangan masyarakat.
2.4 Sehubungan itu, satu Seminar Islam Dan Kehidupan Di Angkasa telah dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara( ANGKASA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 25-26 April 2006 bagi tujuan mengenal pasti isu pelaksanaan ibadah di angkasa dan ISS menurut perspektif Islam.
 
3. PELAKSANAAN IBADAH DI ISS
 
   Pelaksanaan ibadah di ISS merangkumi perkara berikut:
3.1 Cara Beristinja'
Beristinja' adalah dengan menggunakan tisu yang digunapakai di ISS.
 
Syarat-syarat beristinja' seperti berikut:
 
i. Bahan yang digunakan untuk beristinja' sesuatu yang suci, bukan najis dan bukan bahan yang dihormati.
ii. Bahan yang kering.
iii. Bahan yang kesat.
iv. Bahan yang digunakan tidak kurang daripada tiga seperti tiga biji batu.
v. Najis yang keluar belum kering.
vi. Najis yang keluar tidak melewati kawasan laluannya.
 
3.2 MENGANGKAT HADAS
 
i. Mengangkat hadas kecil adalah dengan bertayammum secara menepuk ISS seperti dinding, cermin dan sebagainya walaupun tiada debu.
ii. Mengkat hadas besar adalah dengan cara yang sama di para 3.2(i).
 
3.3 PENENTUAN QIBLAT
 
Penentuan qiblat adalah mengikut kemampuan berdasarkan urutan berikut:
i.   Ka'abah
ii.  Unjuran Bumi
iii. Bumi
iv. Mana-mana arah
 
3.4 PENENTUAN WAKTU SOLAT
 
Lima waktu solat dalam tempoh 24 jam (1 hari di bumi) menggunapakai waktu solat tempat berlepas angkasawan.
 
3.5 CARA MENUNAIKAN SOLAT
 
i.Solat boleh ditunaikan secara jama' dan qasar dan tidak perlu diqada'.
ii. Pelaksanaan rukun fi'li (perbuatan) solat adalah dengan mengikat diri angkasawan mengikut kesesuaian keadaan di ISS berdasarkan urutan berikut:
a) Jika tidak berupaya berdiri tegak, hendaklah berdiri secara membongkok.
b) Jika tidak berupaya berdiri, hendaklah secara duduk. Seseorang boleh melakukan ruku' dengan dahinya setentang dengan lutut atau yang lebih utama setentang dengan tempat sujud.
c) Jika tidak berupaya duduk, hendaklah secara berbaring mengiring di atas lambung kanan dan bahagian tubuh menghadap qiblat.
d) Jika tidak berupaya baring, hendaklah secara menelentang.
e) Jika tidak berupaya menelentang, hendaklah secara isyarat mata bagi setiap pergerakan solat.
f) Jika tidak berupaya juga, hendaklah dengan hati iaitu menggambarkan dirinya berdiri, ruku', sujud dan seterusnya.
 
iii. Pelaksanaan rukun qawli (perkataan) solat adalah sama seperti di bumi.
 
3.6 CARA MUNUNAIKAN PUASA
 
i. Puasa boleh ditunaikan sama ada di ISS atau di bumi secara qada' sekiranya melibatkan bulan Ramadhan.
ii. Penentuan waktu puasa adalah menggunapakai waktu puasa tempat berlepas angkawasawan dengan penyesuaian untuk kawasan melebihi lalitud 45 darjah Utara mengikut buku Kaedah Panduan Falk Syarie terbitan JAKIM.
 
3.7 PENGURUSAN JENAZAH
 
i. Jenawzah perlu dibawa balik ke bumi untuk pengurusan seperti biasa.
ii. Sekiranya jenazah tidak boleh dibawa balik, maka diharuskan menyemadikannya di angkasa dengan pengurusan jenazah secara ringkas.
 
4. HAL-HAL BERKAITAN.
 
4.1 PEMAKANAN
 
Sekiranya makanan yang disedakan diragui halal, maka diharuskan memakannya sekadar mengalas lapar.
 
4.2 ETIKA BERPAKAIAN
 
i. Angkasawan Islam perlu menjaga batasan auratnya iaitu:
 
a) Aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut.
b) Aurat perempuan adlah selain muka dan dua tapak tangan.
 
4.3 ETIKA BERMUSAFIR
 
i. Perjalanan ke angkasa merupakan satu musafir yang diharuskan mengikut Islam.
ii. Angkasawan perlu menghormati etika bermusafir iaitu:
a) Menjaga kelangsungan hubungan dengan Tuhan.
b) Menjaga keharonian hubungan sesama makhluk.
c) Menjaga kelestarian alam sekitar.
 
5. PENUTUP
 
  Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat dipatuhi oleh angkasawan Islam demi memastikan misi penyelidikan di angkasa berjaya di samping mendapat keredahan Tuhan jua.
 
 
 

Enter supporting content here

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.