PORTAL ISLAM HADHARI

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

::ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH::

Apakah Itu Islam Hadhari ?

Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.
Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah : “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.

 Visi & Misi Islam Hadhari

   Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

 

    Misi Islam Hadhari adalah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

 

Objektif Islam Hadhari.

 

   Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

 

Pendekatan Islam Hadhari Kepada
Masyarakat Dan Negara
 

  Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.

Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
 

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.