e-HALAL

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

PRODUK 'COLGATE' ADALAH HALAL & SELAMAT DIGUNAKAN: JAKIM

    JAKIM telah melakukan ujian makmal ke atas ubat gigi colgate, hasil dari analisa makmal yang diperolehi didapati ubat gigi ini tidak mengandungi sebarang DNA haiwan, pengedar ubat gigi colgate di Malaysia telah menjelaskan bahawa bahan yang berasaskan haiwan seperti tulang, gigi atau sebagainya tidak pernah digunakan didalam pembuatan ubat gigi colgate. Kilang colgate yang terletak di Thailand, Vietnam dan China semuanya telah mendapat pengesahan halal dari badan islam yang telah diiktiraf oleh JAKIM di negara-negara terbabit. Berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan ini JAKIM merumuskan bahawa tiada bahan yang meragukan didalam ubat gigi colgate dan dakwaan mengatakan ubat gigi ini menggunakan bahan haram adalah tidak benar.

Mengenai Ubat Colgate Yang Dijual Di Malaysia.

Ubat Gigi Colgate yang dijual di Malaysia adalah sememangnya Halal.
• Ubat Gigi Colgate diperbuat mengikut piawaian Halal.
• Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan atau alkohol.

JAKIM memperakui Ubat Gigi Colgate yang disahkan Halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperakui Ubat Gigi Colgate yang disahkan Halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM seperti berikut: Central Islamic Committee of Thailand, The Islamic Community of Ho Chi Minh City (Vietnam), China Islamic Association (China) dan Federation of Muslims Associations of Brazil (Brazil).

Ubat Gigi Colgate kini akan mempamerkan tanda Halal.
• Ubat Gigi Colgate yang mempamerkan tanda Halal sekarang ini di dalam proses pembuatan dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

• Ubat Gigi Colgate dikelaskan sebagai produk farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, oleh sebab itu tidak dibenarkan oleh KKM untuk mempamerkan tanda Halal. Menyedari bahawa ini telah menyebabkan kekeliruan kepada pengguna, Colgate telah membuat rayuan, dan mendapat kelulusan khusus untuk mempamerkan tanda Halal di pek produk. Jadi, selepas 50 tahun sentiasa halal di Malaysia, Ubat Gigi Colgate kini akan mempamerkan tanda Halal.

Tanda Halal pada Ubat Gigi Colgate adalah tanda yang diiktiraf oleh JAKIM.
Polisi JAKIM sekarang hanya membenarkan produk buatan Malaysia mempamerkan tanda halal JAKIM. Tiada tanda halal yang dipiawaikan untuk produk buatan luar negara. Ubat Gigi Colgate akan mempamerkan tanda halal badan-badan Islam luar negeri yang diiktiraf oleh JAKIM atau satu tanda umum; di mana kesemuanya telah ditunjukkan kepada JAKIM sebelum penggunaan.

Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan atau alkohol.

• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan JAKIM secara berasingan, telah melakukan ujian ke atas Ubat Gigi Colgate dan mengesahkan bahawa produk-produk tersebut tidak mengandungi DNA haiwan atau alkohol.

• Sumber kalsium dalam beberapa Ubat Gigi Colgate adalah daripada mineral.

• Sumber gliserin dalam Ubat Gigi Colgate adalah daripada tumbuh-tumbuhan.

Untuk membaca perakuan JAKIM bahawa Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan atau alkohol, sila lawat
www.halaljakim.gov.my

SISTEM PENGESAHAN HALAL MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

sms.gif

Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM.

Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal. Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis makanan yang mendapat sijil halal JAKIM.

Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?


Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :

Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]

hantar ke 32728 | DAPAT

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah
Sijil Sah
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah
Sijil Tamat Tempoh
Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

STANDARD MALAYSIA BERKENAAN MAKANAN HALAL  (MS1500:2004)

  Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.