Abdullah bin Abbas r.a

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

Abdullah bin Abbas adalah antara beberapa orang tokoh Islam yang belum menjangkau umur dewasa ketika wafatnya Rasulullah s.a.w. Namun, ketika mencapai umur dewasa beliau telah dapat menjadikan dirinya sebagai ilmuwan terbilang setaraf dengan ilmuwan Islam lain seperti Ibn Sina , Al-Kawarizmi dan sebagainya. Salah satu keistimewaan Abdullah bin Abbas berbanding para sahabat Rasulullah s.a.w yang lain ialah tentang keluasan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Beliau terkenal sebagai tokoh yang memiliki berbagai bidang ilmu pengetahuan antaranya ilmu sastera dan bahasa Arab,ilmu tafsir,ilmu matematik,ilmu faraid dan sebagainya. Justeru, keluasan ilmunya itu membolehkan beliau mendapat gelaran pendita Islam atau profesir dalam konteks bahasa moden pada hari ini. Maka Abdullah bin Abbas merupakan profesor ulung dalam dunia Islam. Kejayaan yang beliau perolehi salah satu puncanya adalah doa Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, doa Rasulullah s.a.w. ternyata dimakbulkan oleh Allah s.w.t. apabila Abdullah bin Abbas berjaya memiliki sifat-sifat tersebut tatkala beliau mencapai umur dewasa. Abdullah bin Abbas tergolong dalam keluarga Rasulullah s.a.w. dan merupakan sepupu baginda kerana ayah Abdullah iaitu Abbas bin Muttalib adalah bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan beliau telah berjumpa dengan Baginda dan Abdullah bin Zubair semasa beliau kecil lagi. Apabila Baginda wafat, Abdullah masih kecil lagi dan adalah diriwayatkan bahawa beliau telah melakukan solat di belakang Baginda semasa umurnya tidak kurang dari lapan tahun. Sedari kecil Abdullah amat gemar bermain di rumah Baginda dan pada suatu hari ketika Abdullah berlari menuju ke rumah Baginda beliau ternampak Baginda Rasul sedang berwuduk maka degan segera Abdullah mengucurkan air wuduknya untuk Rasulullah s.a.w. Perbuatan Abdullah amat mengembirakan Baginda Rasul dan setelah Baginda selesai menunaikan solat lantas Baginda memangku Abdullah sambil mengusap kepala Abdullah lalu Baginda berdoa ? Ya Allah berikanlah keberakahan kepadanya dan berikanlah perkembangan ilmu daripadanya ? .

Satu lagi peristiwa yang diriwayatkan orang mengenai Abdullah ialah kisah beliau terpandang malaikat Jibrail. Menurutnya, pada suatu hari ketika beliau memasuki rumah Baginda Abdullah telah ternampak ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang bersama Rasulullah s.a.w. Lantas Abdullah segera pulang akibat terlalu gementar dan terus memberitahu ayahnya Abbas bin Muttalib. Kemudian ayhnya menjawab ? Wahai anakku kau telah melihat Jibrail yang kebetulan sedang bertemu dengan Rasulullah s.a.w. ?

Tatkala Abdullah bin Abbas meningkat dewasa, beliau telah mencapai kedudukan yang terkemuka di kalangan para sahabat Rasul. Beliau telah bekerja keras mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan memahami Al-Quran sedalam mungkin serta memberikan fatwa-fatwa kepada masyarakat berhubung dengan hukum agama. Menjelang zaman pemerintahan Khalifah Umar Al- Khattab r.a, Abdullah bin Abbas telah mencapai berbagai kejayaan antaranya sebagai ahli tafsir dan hadis yang terkemuka sehingga orang ramai dari pelusuk negeri berminat untuk menuntut ilmu dengannya. Khalifah Umar Al-Khattab r.a. bukan sahaja sentiasa berada di sisi Abdullah bin Abbas bahkan sentiasa bertukar pandangan dengan Abdullah bin Abbas seperti mana yang selalu Baginda lakukan dengan para sahabat. Sebagai tanda penghargaan kepada Abdullah bin Abbas Saiyidina Umar Al-Khattab telah mengelarkan Abdullah bin Abbas sebagai ? Ibn Abbas yang merupakan seorang pemuda yang telah tua ilmunya,mempunyai lidah yang amat berharga dan mempunyai hati yang bersih.?

Selain itu, Saiyidina Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata ? Sebaik-baik tafsir Al-Quran adalah dari Ibn Abbas ?. Kiranya umurku masih panjang, nescaya aku akan selalu berdampingan dengan Abdullah bin Abbas.? Di samping itu, Umar Al-Khattab juga pernah berkata bahawa ? Tidak ada fatwa yang lebih baik yang pernah aku dengar melainkan daripada fatwa Ibn Abbas.? Demikianlah kebesaran Ibn Abbas sebagai tokoh tafsir yang tiada tolok bandingnya. Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan doa Rasulullah s.a.w. terhadap diri Abdullah bin Abbas r.a.

Di zaman pemerintah Saiyidina Uthman bin Affan pula, Abdullah bin Abbas juga memperolehi keutamaan sama seperti zaman pemerintahan Saiyidina Umar Al-Khatab. Semasa zaman pemerintahan Saiyidina Uthman bin Affan r.a Abdullah bin Abbas telah dilantik oleh Baginda sebagai ? Amirul Haji ? pada tahun terakhir pemerintahan Baginda sebagai Khalifah. Namun, Abdullah bin Abbas tetap tegas jika sesuatu perkara itu adalah hak mahupun benar beliau akan memberitahu Baginda walaupun Baginda amat saying kepada beliau.

Menurut satu riwayat, bahawa pada suatu hari ada serombongan sahabat telah datang mengadap Khalifah Uthman untuk membicarakan sesuatu masalah. Antara yang terlibat dalam rombongan tersebut ialah Abdullah bin Abbas r.a. Semua anggota rombongan tersebut telah kembali tanpa memperolehi hasil faedah daripada rombongan tersebut melainkan Abdullah bin Abbas r.a. Dimana beliau meneruskan perbincangannya dengan Khalifah secara mendalam dengan menggunakan bahasa yang lebih halus serta sindiran-sindiran yang halus dan dalam sehingga Khalifah Uthman bin Affan memperkenankan apa yang diminta oleh Abdullah bin Abbas serta para sahabat yang terlibat dalam rombongan tersebut.

Ketika meletusnya ketegangan pendapat antara pihak Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a dengan pihak Muawiyah bin Abu Sufyan berkaitan dengan pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan r.a., Abdullah bin Abbas dengan tegas telah memberikan sokongannya kepada Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a sebagai Khalifah yang seterusnya dan Khalifah Ali bin Abu Talib sangat menyenangi dan menyanyangi Abdullah bin Abbas dan mengangkatnya sebagai Gabenor di Kota Basrah.

Sungguh Allah s.w.t. telah melimpahkan rahmat dan kurniaNya kepada Abdullah bin Abbas r.a hingga beliau memilki otak yang cerdas dan telah berjaya menjadikan dirinya sebagai sumber partama ilmu tafsir di abad pertama. Justeru, beliau telah digolongkan sebagai Ulama besar,pendita,mahupun profesor ulung dalam dunia Islam. Di samping itu, beliau merupakan seorang mukmin yang sangat tawaduk dan rendah hati. Pada saat akhir hayatnya Abdullah bin Abbas telah menghidapi penyakit mata sehingga beliau buta. Namun, beliau tidak pernah resah mahupun gelisah dengan keadaan yang menimpanya.

Justeru, saya menyeru semua masyarakat agar kita sentiasa menuntut ilmu kerana ilmu merupakan wadah dunia hingga nyawa terlepas dari badan. Maka tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

:: Kembali Ke Portal Artikel ::

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.