Amalan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran telah terbukti
didapati membantu mengawal simptom alahan dan respitori.
Rumusan daripada hasil kajian ini telah dibuat oleh para penyelidik dari
Spanyol, Greek dan United Kingdom sewaktu menilai amalan pemakanan dan tahap kesihatan kanak-kanak di kawasan pedalaman di
Eropah yang lebih mudah mendapat akses kepada sumber-sumber tersebut kerana kedudukan geografi di kawasan pedalaman yang lebih
mesra dan terbudaya untuk mengambil makanan tersebut.
Mereka mendapati amalan pemakanan yang mengutamakan buah-buahan dan sayur-sayuran
serta rendah lemak tepu akan memberikan perlindungan kepada mereka yang menghidapi asma, alahan rintis dan respitori.
Kajian tersebut juga mendapati 80 kanak-kanak yang mengambil buah-buahan
dan sayur-sayuran segar dua kali sehari berpotensi untuk meminimakan risiko dijangkiti ancaman penyakit tersebut.
Ini adalah selaras dengan Islam yang menggalakkan pemakanan makanan yang
halal dan toyyib (baik/sihat) dalam kehidupan termasuklah menekankan tabitat makan yang betul dan seimbang.
Pengambilan oren, epal, tomato dan anggur didadapati memberi kesan yang
signifikan dalam melindungi kanak-kanak daripada kesukaran bernafas dan alahan rintis.
Kulit anggur merah misalnya mengandungi tahap antioksiden yang tinggi
di samping resveraterol dan polyphenol yang telah lama diketahui dan terbukti secara saintifik bagi menghalang gejala keradangan,
ketegangan kelenjar dan alahan.
Mereka yang makan dan mengambil makanan seperti kacang yang kaya dengan
sumber vitamin E sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga didapati kurang menghadapi kesukaran bernafas. Viitamin E merupakan
bahan utama yang diperlukan tubuh badan manusia menahan pemusnah sel dan ancaman radiasi oleh oksidan dan radikal bebas.
Kekacang dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi
dan menurut sesetengah pengkaji dapat membantu melindungi daripada serangan asma dan meningkatkan kekuatan paru-paru serta
saluran penafasan.
Kajian lain juga merumuskan amalan pemakanan yang memberi penekanan kepada
budaya makan yang mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan akan memberi kesan yang manfaat ke atas simptom-simptom asma
di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sekurang-kurangnya berkurangan sebanyak 23 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Manfaat ini adalah berkaitan dengan vitamin-vitamin dan anti-oksidan yang
terkandung dalam makanan tersebut dan ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada mereka yang mengidap masalah alahan yang
serius dan berkait rapat dengan keradangan dan paru-paru.
:: Kembali Ke Portal Artikel ::