MASJID Jamek Damsyik, juga dikenali Masjid Jamek Bani Umaiyyah adalah satu daripada masjid tertua dan terbesar
di dunia, terletak di kawasan bersejarah iaitu kota lama Damsyik dengan seni bina mengagumkan.
Ia sangat terkenal kerana
mempunyai makam Penguasa Syria dan Mesir, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin, yang bertempur dengan King Richard I dari England
dan Phillip II dari Perancis ketika Perang Salib.
Makam beliau terletak di penjuru taman kecil di tembok utara masjid itu, cukup meninggalkan kesan mendalam
kepada dunia Islam.
Dalam artikel bertajuk “Syria: Persimpangan bahagian timur laut Mediterranean”, ditonjolkan
laman web Kementerian Pelancongan Syria, Richard Moore melaporkan “sorotan kepada kota lama adalah Masjid Umaiyyah.”
Menurut
cerita, lokasi masjid itu dulunya tempat kuil Hadad dalam era Aramaean.
Kehadiran Aramaean dibuktikan dengan penemuan
patung berukiran seperti dalam mitos orang Greek yang digali di timur laut tapak masjid.
Selepas zaman itu, lokasi
berkenaan menjadi kuil Jupiter dalam era Roman, seterusnya gereja Kristian yang didedikasikan kepada John the Baptist dalam
era Byzantine.
Pada peringkat permulaan, orang Muslim yang menakluki Damsyik pada 636 tidak mengusik gereja terbabit,
malah menjadikannya sebagai bangunan yang dikongsikan bersama antara Muslim dan Kristian.
Malah, ia kekal sebagai gereja
walau pun Muslim membina struktur batu bata bersetentang dengan menara sebelah selatan bagi membolehkan mereka beribadat.
Bawah pemerintahan Khalifah Al-Walid (Umaiyyah), gereja terbabit diruntuhkan dan di antara tahun 706 dan 715 masjid
seperti yang kelihatan hari ini dibina di lokasi terbabit.
Bermula detik itu, Damsyik menjadi satu daripada kota utama
di Timur Tengah dan kemudian menjadi kota pentadbiran khalifah Umaiyyah.
Pembinaan masjid itu berasaskan rumah Nabi
Muhammad s.a.w di Madinah yang mempunyai pelbagai fungsi; menjadi persinggahan peribadi dan solat berjemaah, pusat pendidikan
agama, mesyuarat politik, pentadbiran dan perlindungan bagi yang daif dan memerlukan bantuan.
Dikatakan, khalifah
mendapatkan kira-kira 200 pekerja berkemahiran daripada Maharaja Empayar Byzantine untuk melakukan kerja ukiran pada masjid
itu, sebagai membuktikan sebahagian corak dekorasinya menggunakan gaya Byzantine.
Masjid itu satu daripada yang mengagumkan
dunia kerana pada masa berkenaan ia satu-satunya bangunan paling besar, dengan dinding luarnya saja berukuran 100 x 157.5
meter.
Dewan solatnya juga cukup memuatkan jemaah yang ramai, malah dengan kepandaian arkiteknya membolehkan jemaah
atau pengunjung melihat ke arah mihrab.
Bahagian dalam masjid itu membabitkan jubin berbentuk geometri, membangkitkan
kenangan silam Kubah Batu di Jerusalem.
Malah, dikatakan masjid itu menggunakan paling banyak jubin membabitkan lebih
4,000 meter persegi.
Pada 1893, satu kebakaran memusnahkan sebahagian bangunan itu, sehingga sesetengah kawasan berjubin
turut mengalami kerosakan, namun ia kemudian diperbaiki semula.
Pada 2001 Pope John Paul II dilaporkan menziarahi masjid
terbabit, terutamanya untuk menziarahi makam John the Baptist yang dikatakan terletak di lokasi masjid terbabit dan ia adalah
kali pertama seorang paderi melawat sebuah masjid.
:: Kembali Ke Portal Artikel ::
|