ABU’L-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani lahir di Farghana, Transoxiana.
Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.
Al-Farghani juga
telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu
sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap. Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang
dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.
Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada
ahli astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal.
Menurut
Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan
Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.
Aktiviti
penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi,
Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama).
Projek itu siap sepenuhnya pada
tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia. Sungguhpun beliau telah mencipta
beberapa kejayaan dalam bidang kejuruteraan, ia masih belum boleh mempopularkan Al-Farghani sebagai mana yang digambarkan
dalam cerita yang disampaikan oleh Ibn Abi Usaybi’a.
Mengenai pembinaan terusan tadi, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan
dua anak lelaki Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali al-Ja’fari. Dua beradik
itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al-Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu,
Sind ibn Ali.
Sind merupakan seorang profesional tetapi mencemburui kejayaan Al-Farghani. Oleh kerana itu, Sind telah
dihantar ke Baghdad - jauh dari tempat kediaman Al-Mutawakkil di Samarra.
Terusan yang dibina itu melalui kota baru
iaitu Al-Ja’fariyya iaitu sebuah kota yang Al-Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris. Bagaimanapun berlaku sedikit
kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan kesilapan.
Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih
dalam terusan berkenaan. Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru’ itu kecuali pada ketika paras Sungai
Tigris meningkat naik.
Berita mengenai itu telah membangkitkan kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan
daripada menerima hukuman hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-Farghani walaupun
ia memberi risiko kepada kebajikan dan kehidupannya.
Bagaimanapun al-Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan
itu menjadi nyata.
Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku, antaranya Al-Farghani lebih menumpukan
kepada teori berbanding praktikal dalam kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan sesuatu
projek.
The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani:
(1) "The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest" (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) "Book on the Construction
of Sun-dials" (Kitab ‘Amal al-Rukhamat).
The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali
mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Abd al-Aziz al-Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi
menulis dalam ruangan komentarnya mengenai Al-Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah
karya terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke-12.
Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan
versi ketiga Latin, diterbitkan pada tahun 1590. Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama-sama karya asli
Arab pada tahun 1669.
Semua karya-karya itu adalah mengenai pencapaian Al-Farghani walaupun beliau dikatakan pernah
melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama. RINGKASAN:
* Al-Farghani lahir di Farghana, Transoxiana. *
Seorang ahli astronomi terkenal pada zaman al-Mamun. * Karyanya paling agung bertajuk Elements of Astronomy. * Mendapati
bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km |