Rakyat Berjiwa Merdeka

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

Penjelasan prinsip Islam Hadhari ketiga.

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70 maksud:

 

“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.

 

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

 

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

 

Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

 

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

 

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.