PADANG PASIR BOLEH MENJANA TENAGA SURIA

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

Padang pasir sering dilihat sebagai kawasan terakhir yang belum begitu diterokai, terpanas dan paling gersang di dunia. Bagaimanapun, apakah mungkin kawasan padang pasir boleh menjadi tempat yang mampu melahirkan sumber tenaga bersih dan menampung keperluan manusia yang terus meningkat? Kian ramai saintis berpendapat kawasan itu boleh memenuhi kesemua keperluan manusia, malah melebihi apa yang diperlukan. Apa yang perlu dilakukan hanya menyerap sinaran suria dan mengubahnya menjadi elektrik.

Seorang konsultan sumber tenaga, Dr Leendert Verhoef, menyatakan ini boleh dilakukan. "Jika anda membayangkan keluasan yang ada di padang pasir, ia amatlah besar. Jika anda lihat kepada Padang Pasir Gobi di China sahaja, jika kawasan ini dipenuhi dengan sistem tenaga solar, ia akan mencukupi bagi keperluan tenaga dunia," katanya.

Tetapi bagaimana caranya? Ada dua senario.Pertama, aturkan plat-plat statik yang memenuhi permukaan padang pasir dan hadapkan ke arah matahari. Kedua, tempatkan bilangan yang banyak piring solar gergasi berukuran antara 20 dengan 40 meter yang mengikuti laluan matahari.

Piring-piring itu akan mengumpulkan kuasa sinaran suria dan menjadikannya tenaga elektrik. Apa yang penting, penghasilan piring ini jauh lebih murah berbanding panel-panel solar yang sering kita lihat sekarang. Kesan hasilnya tidak berhenti di situ. Di mana ada sumber tenaga, di situ ada kehidupan dan jika wawasan bagi pengilangan besar-besaran tenaga kerja itu menjadi kenyataan, pasti dapat dibangunkan pusat kehidupan di tengah-tengah padang pasir.

Jika sesuatu tempat itu mempunyai akses kepada sumber tenaga, banyak rancangan boleh diadakan. Misalnya, anda boleh mula mengepam air dan memulakan penanaman tumbuh-tumbuhan. Atau anda juga boleh membangunkan sebuah bandar!Lihat sahaja di Amerika Syarikat yang menampung bandar besar gurun seperti Phoenix dan Las Vegas."Ia berada di padang pasir bukan kerana itu tempat terbaik, tetapi kerana terdapat bekalan tenaga di situ yang boleh menampung kehidupan.

Bagaimanapun, apakah ini hanya satu impian kerana teknologi solar telah dihasilkan lebih 50 tahun lalu tetapi tidak pernah memenuhi potensinya? Dalam hal ini, ia banyak bergantung kepada kos dan skala penghasilannya. "Yang paling utama ialah sama ada kita boleh menghasilkan tenaga pada skala yang besar melalui panel solar. Soalan yang sama ditujukan kepada penghasilan tenaga melalui ombak. Apa yang kita perlukan sekarang ialah melabur secukupnya untuk mewujudkan teknologi yang tidak tinggi kosnya bagi menghasilkan tenaga solar. Skala pelaburan yang dimaksudkan Spelman itu dijangka masih lama lagi dan masih terdapat banyak masalah berkaitan pengilangan tenaga solar di padang pasir. Satu daripadanya ialah panel suria itu tidak berfungsi pada malam hari sekali gus tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Kedua, ia melibatkan pengangkutan tenaga solar itu. Contohnya, jika tenaga solar dihasilkan di Padang Pasir Gobi di China dan ingin dibawa sebahagiannya ke London, maka antara 50 dengan 80 peratus tenaga itu akan hilang apabila sampai ke tempat tujuan.

Satu huraiannya adalah untuk mengubah tenaga elektrik yang dihasilkan kilang solar itu kepada hidrogen daripada air melalui proses elektrolisis. Unit hidrogen ini boleh dimuatkan ke kapal dan dieksport ke serata dunia. Bagaimanapun, cara ini agak tinggi kosnya dan kompleks buat masa ini. Rumusannya, teknologi solar mempunyai potensi besar pada hari muka. Ia adalah sumber tenaga yang besar dan sumbernya (matahari) juga adalah percuma. Apakah kita akan memenuhi permukaan padang pasir dengan panel solar pada masa akan datang? Ini akan banyak bergantung kepada pelbagai faktor yang merangkumi kos.

:: Kembali Ke Portal Artikel ::

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.