HIKMAH DISEBALIK BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

 Amalan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran telah terbukti didapati membantu mengawal simptom alahan dan respitori.

Rumusan daripada hasil kajian ini telah dibuat oleh para penyelidik dari Spanyol, Greek dan United Kingdom sewaktu menilai amalan pemakanan dan tahap kesihatan kanak-kanak di kawasan pedalaman di Eropah yang lebih mudah mendapat akses kepada sumber-sumber tersebut kerana kedudukan geografi di kawasan pedalaman yang lebih mesra dan terbudaya untuk mengambil makanan tersebut.

Mereka mendapati amalan pemakanan yang mengutamakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta rendah lemak tepu akan memberikan perlindungan kepada mereka yang menghidapi asma, alahan rintis dan respitori.

Kajian tersebut juga mendapati 80 kanak-kanak yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar dua kali sehari berpotensi untuk meminimakan risiko dijangkiti ancaman penyakit tersebut.

Ini adalah selaras dengan Islam yang menggalakkan pemakanan makanan yang halal dan toyyib (baik/sihat) dalam kehidupan termasuklah menekankan tabitat makan yang betul dan seimbang.

Pengambilan oren, epal, tomato dan anggur didadapati memberi kesan yang signifikan dalam melindungi kanak-kanak daripada kesukaran bernafas dan alahan rintis.

Kulit anggur merah misalnya mengandungi tahap antioksiden yang tinggi di samping resveraterol dan polyphenol yang telah lama diketahui dan terbukti secara saintifik bagi menghalang gejala keradangan, ketegangan kelenjar dan alahan.

Mereka yang makan dan mengambil makanan seperti kacang yang kaya dengan sumber vitamin E sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga didapati kurang menghadapi kesukaran bernafas. Viitamin E merupakan bahan utama yang diperlukan tubuh badan manusia menahan pemusnah sel dan ancaman radiasi oleh oksidan dan radikal bebas.

Kekacang dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi dan menurut sesetengah pengkaji dapat membantu melindungi daripada serangan asma dan meningkatkan kekuatan paru-paru serta saluran penafasan.

Kajian lain juga merumuskan amalan pemakanan yang memberi penekanan kepada budaya makan yang mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan akan memberi kesan yang manfaat ke atas simptom-simptom asma di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sekurang-kurangnya berkurangan sebanyak 23 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Manfaat ini adalah berkaitan dengan vitamin-vitamin dan anti-oksidan yang terkandung dalam makanan tersebut dan ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada mereka yang mengidap masalah alahan yang serius dan berkait rapat dengan keradangan dan paru-paru.

:: Kembali Ke Portal Artikel ::

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.