LAMBANG KEKUASAAN BANI UMAIYYAH

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

 
MASJID Jamek Damsyik, juga dikenali Masjid Jamek Bani Umaiyyah adalah satu daripada masjid tertua dan terbesar di dunia, terletak di kawasan bersejarah iaitu kota lama Damsyik dengan seni bina mengagumkan.

Ia sangat terkenal kerana mempunyai makam Penguasa Syria dan Mesir, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin, yang bertempur dengan King Richard I dari England dan Phillip II dari Perancis ketika Perang Salib.


Makam beliau terletak di penjuru taman kecil di tembok utara masjid itu, cukup meninggalkan kesan mendalam kepada dunia Islam.

Dalam artikel bertajuk “Syria: Persimpangan bahagian timur laut Mediterranean”, ditonjolkan laman web Kementerian Pelancongan Syria, Richard Moore melaporkan “sorotan kepada kota lama adalah Masjid Umaiyyah.”

Menurut cerita, lokasi masjid itu dulunya tempat kuil Hadad dalam era Aramaean.

Kehadiran Aramaean dibuktikan dengan penemuan patung berukiran seperti dalam mitos orang Greek yang digali di timur laut tapak masjid.

Selepas zaman itu, lokasi berkenaan menjadi kuil Jupiter dalam era Roman, seterusnya gereja Kristian yang didedikasikan kepada John the Baptist dalam era Byzantine.

Pada peringkat permulaan, orang Muslim yang menakluki Damsyik pada 636 tidak mengusik gereja terbabit, malah menjadikannya sebagai bangunan yang dikongsikan bersama antara Muslim dan Kristian.

Malah, ia kekal sebagai gereja walau pun Muslim membina struktur batu bata bersetentang dengan menara sebelah selatan bagi membolehkan mereka beribadat.

Bawah pemerintahan Khalifah Al-Walid (Umaiyyah), gereja terbabit diruntuhkan dan di antara tahun 706 dan 715 masjid seperti yang kelihatan hari ini dibina di lokasi terbabit.

Bermula detik itu, Damsyik menjadi satu daripada kota utama di Timur Tengah dan kemudian menjadi kota pentadbiran khalifah Umaiyyah.

Pembinaan masjid itu berasaskan rumah Nabi Muhammad s.a.w di Madinah yang mempunyai pelbagai fungsi; menjadi persinggahan peribadi dan solat berjemaah, pusat pendidikan agama, mesyuarat politik, pentadbiran dan perlindungan bagi yang daif dan memerlukan bantuan.

Dikatakan, khalifah mendapatkan kira-kira 200 pekerja berkemahiran daripada Maharaja Empayar Byzantine untuk melakukan kerja ukiran pada masjid itu, sebagai membuktikan sebahagian corak dekorasinya menggunakan gaya Byzantine.

Masjid itu satu daripada yang mengagumkan dunia kerana pada masa berkenaan ia satu-satunya bangunan paling besar, dengan dinding luarnya saja berukuran 100 x 157.5 meter.

Dewan solatnya juga cukup memuatkan jemaah yang ramai, malah dengan kepandaian arkiteknya membolehkan jemaah atau pengunjung melihat ke arah mihrab.

Bahagian dalam masjid itu membabitkan jubin berbentuk geometri, membangkitkan kenangan silam Kubah Batu di Jerusalem.

Malah, dikatakan masjid itu menggunakan paling banyak jubin membabitkan lebih 4,000 meter persegi.

Pada 1893, satu kebakaran memusnahkan sebahagian bangunan itu, sehingga sesetengah kawasan berjubin turut mengalami kerosakan, namun ia kemudian diperbaiki semula.

Pada 2001 Pope John Paul II dilaporkan menziarahi masjid terbabit, terutamanya untuk menziarahi makam John the Baptist yang dikatakan terletak di lokasi masjid terbabit dan ia adalah kali pertama seorang paderi melawat sebuah masjid.

:: Kembali Ke Portal Artikel ::

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.