Al Farghani - Astronomi

:: UTAMA ::
:: GURU - GURU ::
:: ORGANISASI ::
:: AHLI - AHLI ::
:: ISLAM HADHARI ::
:: AKTIVITI ::
:: e-HALAL ::
:: ARTIKEL ::
:: e-TV ::
>>> Garis Panduan HALAL
>>>Miracles & Truth Of The Qur'an.
>>> Garis Panduan Bedah Siasat
>>> Garis Panduan Ibadah Di Angkasa
:: HIPER RANGKAI ::

ABU’L-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani lahir di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

Al-Farghani juga telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap. Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal.

Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.

Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama).

Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia. Sungguhpun beliau telah mencipta beberapa kejayaan dalam bidang kejuruteraan, ia masih belum boleh mempopularkan Al-Farghani sebagai mana yang digambarkan dalam cerita yang disampaikan oleh Ibn Abi Usaybi’a.

Mengenai pembinaan terusan tadi, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali al-Ja’fari. Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al-Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali.

Sind merupakan seorang profesional tetapi mencemburui kejayaan Al-Farghani. Oleh kerana itu, Sind telah dihantar ke Baghdad - jauh dari tempat kediaman Al-Mutawakkil di Samarra.

Terusan yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Ja’fariyya iaitu sebuah kota yang Al-Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris. Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan kesilapan.

Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan berkenaan. Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru’ itu kecuali pada ketika paras Sungai Tigris meningkat naik.

Berita mengenai itu telah membangkitkan kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan daripada menerima hukuman hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-Farghani walaupun ia memberi risiko kepada kebajikan dan kehidupannya.

Bagaimanapun al-Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan itu menjadi nyata.

Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku, antaranya Al-Farghani lebih menumpukan kepada teori berbanding praktikal dalam kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan sesuatu projek.

The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani: (1) "The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest" (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) "Book on the Construction of Sun-dials" (Kitab ‘Amal al-Rukhamat).

The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Abd al-Aziz al-Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi menulis dalam ruangan komentarnya mengenai Al-Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah karya terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke-12.

Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan versi ketiga Latin, diterbitkan pada tahun 1590. Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama-sama karya asli Arab pada tahun 1669.

Semua karya-karya itu adalah mengenai pencapaian Al-Farghani walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama.
RINGKASAN:

* Al-Farghani lahir di Farghana, Transoxiana.
* Seorang ahli astronomi terkenal pada zaman al-Mamun.
* Karyanya paling agung bertajuk Elements of Astronomy.
* Mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km

::PERSATUAN PELAJAR ISLAM, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR::                            E-MEL: ppismklasallesentulkl@hotmail.com

::HAKCIPTA TERPELIHARA:: ::DIBANGUNKAN & DI REKA OLEH : KHALIL RAHMAN::

LAMAN WEB INI SESUAI DIPAPARKAN DENGAN RESOLUSI SKRIN 1024X768 MENGGUNAKAN IE 7

PENAFIAN: PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT ATAU GAMBAR - GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI.